Yamaha Fazer 250 model tahun 2018 di pasaran Brazil

Salah sebuah model motosikal yang ditawarkan oleh Yamaha di pasaran Brazil ialah Yamaha Fazer 250, sebuah model naked yang dikuasakan enjin dalam kapasiti 250cc (SOHC, 2-valve, 4-stroke, Air-cooled) dan dipadankan kotak gear 5-kelajuan.

Ciri-ciri menarik yang ditawarkan melalui Fazer 250 adalah seperti rekaannya yang moden dan sporty, sistem brek ABS, lampu depan LED, instrumen panel meter digital sepenuhnya dan enjin yang berdaya tahan, berkuasa dan juga ekonomi.

Yamaha Fazer 250 dibekalkan tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 14 liter, mempunyai jarak ketinggian tempat duduk 790 mm, dan berat keseluruhan (liquid weight) 149 kg. Menarik juga kalau model seperti ini dijual di pasaran Malaysia.

Untuk anda, di bawah berikut ialah paparan gambar-gambar menarik Yamaha Fazer 250 model tahun 2018 yang dijual di pasaran Brazil. Untuk tahun 2019, model ini masih dijual dan spesifikasi serta pilihan warna yang ditawarkan masih lagi sama.