Yamaha RZ-X model tahun 1987

Tidak dapat dipastikan kenapa model ini diberi nama Yamaha RZ-X, sedangkan rekaannya saling tidak tumpah sama seperti model Yamaha RX-Z. Mungkin untuk pasaran di negara yang berbeza, jadi pemberian nama yang diubah sedikit merupakan suatu keperluan sebagai salah satu strategi dan kempen pemasaran.

Bagaimanapun apa yang lebih menarik lagi berkenaan model Yamaha RZ-X keluaran tahun 1987 ini ialah penampilannya yang berani dari segi pemilihan warna. Dengan tema warna merah terang yang meliputi badan, tempat duduk, kerangka dan rim roda, penampilannya pasti mendapat perhatian ramai pada suatu ketika dahulu.