Unit Yamaha Y15ZR V2 2019 sudah sampai di bilik pameran wakil pengedar Yamaha

Model terbaharu Yamaha Y15ZR V2 2019 secara rasminya dilancarkan untuk pasaran tempatan pada tarikh 24hb. Mac 2019 yang lalu. Kemudiannya harga jualan untuk model moped 150cc popular tersebut telah diumumkan pada 05hb. April 2019 yang lalu, yang mana harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM8,168.00.

Ketika ini kebanyakan pengedar dan wakil penjual motosikal Yamaha telah menerima kemasukan model tersebut ke kedai masing-masing, membolehkan para peminat dan bakal pembeli untuk melihat sendiri model tersebut dengan lebih dekat. Yamaha Y15ZR V2 2019 tersedia dalam pilihan empat warna yang menarik untuk dipilih.

Untuk tatapan anda, berikut ialah gambar-gambar menarik Yamaha Y15ZR V2 2019 yang telah dimuat naik oleh kedai motosikal BLH Motor ke dalam laman Facebook mereka, dan ternyata penampilan sebenar model tersebut boleh dikatakan sangat sporty dan menawan berbanding versi terdahulu Y15ZR generasi pertama.

Sumber : BLH Motor Facebook