Honda CBR954RR model tahun 2002 di pasaran Jepun

Ini merupakan model Honda CBR954RR model tahun 2002, diperkenalkan buat pertama kali di pasaran Jepun mulai 01hb. Mac 2002. Menurut Honda, generasi sebelumnya bagi model tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1992 di pasaran Eropah dengan nama Fire Blade dan CBR900RR di pasaran USA.

Honda CBR954RR 2002 merupakan generasi keenam untuk model supersport tersebut, dikuasakan enjin berkapasiti 954cc (water-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-cylinder) dengan kotak gear 6-kelajuan, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum yang mencapai angka 91PS @ 10,500rpm dan tork puncak 87Nm @ 5,500rpm.

Dengan berat kering 170 kg, CBR954RR merupakan antara motosikal paling ringan di dalam kelasnya pada ketika itu. Untuk pasaran Jepun, CBR954RR 2002 ditawarkan dalam pilihan warna Winning Red, Accurate Silver Metallic dan Titanium Metallic. Sehingga kini selepas 17 tahun, penampilan CBR954RR kekal sporty dan agresif.