Yamaha SR125Z model tahun 1994

Seperti mana kita semua sedia maklum, Yamaha RX-Z dilengkapi enjin jenis dua lejang dan tidak pernah ditawarkan dengan enjin empat lejang. Bagaimanapun untuk model Yamaha SR125Z atau Yamaha SR-Z Super ini, menurut maklumat yang ada ianya dikatakan dilengkapi dengan enjin jenis empat lejang berkapasiti 125cc.

Berdasarkan maklumat yang terhad, antara pasaran untuk model ini ialah negara China, dan tidak mustahil ianya juga pernah ditawarkan di beberapa pasaran yang lain. Selain itu, model ini juga dikatakan ditawarkan dalam versi 150cc. Berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Yamaha SR125Z model tahun 1994, saksikan.