Yamaha Exciter 150 Special Edition 2019 dilancarkan untuk pasaran Vietnam

Untuk pasaran Vietnam, Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan model moped Exciter 150 2019 terbaharu edisi Special Edition, yang mana ianya hadir dalam dua pilihan warna dan grafik baharu dengan tema ‘Dusk & Dawn Of The City’.

Dari segi teknikal dan spesifikasi, tiada sebarang perubahan memandangkan model tersebut hanya didatangkan kemaskini dari segi kosmetik sahaja. Yamaha Exciter 150 Special Edition 2019 masih dikuasakan enjin 150cc yang menghasilkan kuasa maksimum 15.4PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 13.8Nm @ 7,000rpm.

Harga jualan yang disyorkan untuk Yamaha Exciter 150 Special Edition 2019 di pasaran Vietnam ialah sebanyak 47,990,000 VND, bersamaan RM8,514.14 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Untuk pasaran Malaysia, model yang sama iaitu Yamaha Y15ZR V2 2019 baru sahaja dilancarkan dan dijual pada harga asas RM8,168.00. Empat pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Striking Cyan, Storm Blue, Blazing Red dan Dynamic Grey.