Warna baharu diperkenalkan untuk Yamaha NMAX 155 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan dua warna baharu untuk skuter Yamaha NMAX 155 ABS model tahun 2019, yang akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi mulai 30hb. April 2019.

Dua warna baharu tersebut ialah Matt Gray Metallic 3 (Kelabu) dan White Metallic 6 (Putih), manakala warna terdahulu iaitu Vivid Purplish Blue Cocktail 5 (Biru) akan terus dikekalkan untuk jualan musim 2019.

Yamaha NMAX 155 ABS 2019 dikuasakan enjin 155c (water-cooled, 4-stroke, SOHC, single cylinder) dengan teknologi BLUE CORE, dan dikeluarkan daripada kilang PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM).