Suzuki Katana 2019 kini tiba di pasaran Malaysia

Model legenda Suzuki Katana yang kini muncul serba baharu sebagai model tahun 2019, kini dikatakan telah tiba di pasaran Malaysia. Berdasarkan makluman di dalam laman Facebook Suzuki Malaysia di samping paparan beberapa keping gambar, ini bermakna pelancaran rasminya mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Untuk pasaran UK, Suzuki Katana 2019 ditawarkan pada harga £11,399 (sekitar RM62k mengikut kadar tukaran semasa), namun begitu dijangkakan harganya di pasaran Malaysia nanti akan lebih tinggi berdasarkan sistem percukaian di negara kita. Suzuki Katana 2019 dikuasakan enjin 999cc yang berkuasa dan berprestasi tinggi.

Untuk maklumat selanjutnya dan untuk melihat paparan gambar-gambar menarik model berkenaan, anda boleh mengikuti artikel terdahulu melalui pautan berikut :