Ducati Monster 797+ model tahun 2019 diperkenalkan

Model naked terbaharu Ducati Monster 797 model tahun 2019 turut diperkenalkan dalam versi Plus, yang mana ianya hadir dengan penampilan yang tersendiri bersama-sama kelengkapan standard yang dipertingkatkan.

Antaranya termasuklah flyscreen dan penutup tempat duduk penumpang, kedua-duanya dipadankan warna yang sama dengan warna tangki bahan api dan mudguard depan. Menurut Ducati, pemasangan flyscreen untuk Monster 797+ mampu meningkatkan tahap perlindungan aerodinamik dan keselesaan untuk penunggang.

Dikuasakan enjin bersesaran 803cc yang mematuhi piawaian Euro 4, prestasi yang dihasilkan oleh Monster 797+ mencapai 75hp @ 8,250rpm dengan tork 69Nm @ 5,750rpm. Kapasiti maksimum tangki bahan api untuk model berkenaan ialah 16.5 liter, manakala ketinggian tempat duduk berada pada paras 805 mm.

Ciri-ciri lain yang melengkapi Monster 797+ adalah seperti berikut :

  • 2-in-1 exhaust with single silencer
  • Light alloy 10-spoke wheels mounting Pirelli Diablo Rosso II tyres, 120/70 ZR17 up front and 180/55 ZR17 at the rear
  • Kayaba upside down 43 mm fork
  • Sachs shock with adjustable pre-load and rebound damping
  • Bosch ABS braking system as standard
  • Front brake with dual 320 mm discs and Brembo M4.32 radial calipers
  • Rear brake with 245 mm disc
  • LCD Instrumentation
  • LED side lights and tail light
  • Under-seat USB port
  • Ready for Ducati Multimedia System

Ducati Monster 797+ 2019 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Ducati Red dan Star White Silk. Saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah.