Yamaha RD350 model tahun 1983

Jika anda pernah menonton filem Azura, sudah tentu anda akan mengenali model motosikal yang ditunggang oleh watak utama Zack yang dilakonkan oleh artis Jamal Abdillah. Motosikal Yamaha RD350 tersebut merupakan salah sebuah model popular sekitar era tahun 1980an, apatah lagi sejak ianya muncul dalam filem Azura.

Yamaha RD350 merupakan sebuah motosikal dua lejang dengan teknologi YPVS, dikeluarkan sejak tahun 1983 sehingga 1986 (maklumat dari Wikipedia). Ketika ini Yamaha RD350 telah menjadi sebuah motosikal retro dan masih mempunyai ramai peminat. Reka bentuknya sehingga kini boleh dikatakan kekal menarik dan sporty.

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha RD350 keluaran tahun 1983 dalam galeri di bawah, dalam empat pilihan warna dan grafik kesemuanya.