Boon Siew Honda lancar Honda CBR650R 2019 terbaharu

Bertempat di acara permotoran tempatan Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor (11 – 14 April 2019), Boon Siew Honda Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan model terbaharu Honda CBR650R 2019.

Menurut Boon Siew Honda, rekaan CBR650R 2019 terbaharu diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade, yang kini tampil dengan garisan tajam dan agresif, dan fairing tepi yang ditambah lebih luas, termasuklah ekor belakang yang lebih pendek dan lampu utama berkembar LED yang sempit.

Berat CBR650R 2019 kini 6 kg lebih ringan berbanding model CBR650F yang digantikannya, dengan posisi tunggangan lebih sporty terima kasih kepada perubahan kedudukan handlebar yang kini 30 mm ke hadapan, dan pemijak kaki yang kini diubah lebih ke belakang dan lebih tinggi.

Masih mengekalkan enjin empat silinder sebaris yang kini berputar 1,000rpm lebih tinggi, seterusnya menghasilkan 5% peratus tambahan kuasa akhir kepada 70kW @ 12,000rpm, membuktikan bahawa jentera ‘R’ terbaharu ini direka dengan sempurna.

Honda CBR650R 2019 terbaharu ini juga didatangkan dengan spesifikasi canggih seperti adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down forks, radial-mount four-piston front brake calipers, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan assist/slipper clutch.

Sebagai tambahan, model tersebut turut dilengkapi ciri-ciri praktikal lain seperti sistem lampu LED penuh dan paparan instrumen LCD, yang mana ianya kini menunjukkan Gear Position and Shift Up Indicator, termasuklah lampu signal berhenti kecemasan (emergency stop signal) untuk ciri keselamatan yang lebih baik. 

Untuk pasaran tempatan, Honda CBR650R 2019 terbaharu ini boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic. Tempoh jaminan ialah selama 2 tahun atau 20,000km. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM45,499.00, tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran.

Artikel berkaitan :