Boon Siew Honda lancar Honda CB650R 2019 terbaharu

Selain daripada model supersport Honda CBR650R 2019, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. turut melancarkan Honda CB650R 2019 terbaharu untuk pasaran Malaysia. Model ‘Neo Sports Cafe’ itu tampil dengan gaya rekaan moden dan minimalis, dan dikuasakan enjin 649cc yang mempunyai spesifikasi sama seperti model CBR650R 2019.

Model naked kelas pertengahan Honda CB650R 2019 itu juga didatangkan dengan ciri-ciri dan spesifikasi canggih antaranya termasuklah adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down forks, radial-mount four-piston front brake calipers, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem assist/slipper clutch.

Untuk pasaran tempatan, Honda CB650R 2019 terbaharu boleh didapati dalam pilihan dua warna menarik iaitu Candy Chromosphere Red dan Graphite Black. Harga jualannya ditetapkan sebanyak RM43,499.00, tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran. Tempoh jaminan adalah selama 2 tahun atau perbatuan 20,000 km.

Artikel berkaitan :