Harga Yamaha Y15ZR V2 2019 diumumkan – RM8,168.00

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini secara rasminya mengumumkan harga jualan yang disyorkan untuk Yamaha Y15ZR V2 2019 telah ditetapkan sebanyak RM8,168.00. Harga tersebut merupakan harga asas tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran, serta sebagai panduan dan tertakhluk kepada perubahan.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha Y15ZR V2 2019 hadir dengan reka bentuk ‘facelift’ baharu di samping beberapa perubahan terkini yang lebih menarik dan segar. Empat pilihan warna ditawarkan seperti Striking Cyan, Storm Blue, Blazing Red dan Dynamic Grey. Setiap pembelian akan turut menerima kunci cakera keluli tahan karat Yamaha.

Harga rasmi yang diumumkan itu berkuatkuasa mulai tarikh 04hb. April 2019.