Honda CB150R 2019 dilancarkan di pasaran Vietnam

Selepas pasaran Thailand, kini model terbaharu Honda CB150R 2019 dilancarkan pula di pasaran Vietnam. Model tersebut diperkenalkan secara rasmi pada 25hb. Mac 2019 yang lalu, dan bakal berada di pasaran negara tersebut mulai 15hb. April 2019. Harga jualannya ditetapkan sebanyak 105,000,000 VND, bersamaan RM18,438.84.

Honda CB150R merupakan model terbaharu dalam siri model Neo Sports Cafe, hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Antaranya termasuklah fork depan jenis terbalik (inverted front fork), sistem lampu LED, skrin LCD yang memaparkan pelbagai fungsi, tayar belakang lebar 150 mm untuk kestabilan yang lebih baik, dan sistem brek ABS.

Aspek teknikal enjin memperlihatkan model lincah tersebut dikuasakan enjin satu silinder, DOHC, 4-valve berkapasiti 149.2cc dengan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 12kW @ 9,500rpm dan tork puncak 13.6Nm. Berat motosikal tersebut ialah 125 kg, dengan kapasiti petrol maksimum ialah 8.5 liter.

Artikel berkaitan : Honda CB150R 2019 dilancarkan di pasaran Thailand