Honda CBR150R 2019 dilancarkan di pasaran Thailand

A.P. Honda Co., Ltd. atau dikenali sebagai Honda Motorcycle Thailand, pada 25hb. Mac 2019 baru-baru ini dengan rasminya melancarkan Honda CBR150R 2019 terbaharu. Tersedia dalam pilihan empat warna, harga untuk versi Standard ialah 92,000 THB (RM11,780.62) dan versi ABS berharga sebanyak 99,000 THB (RM12,676.97).

Honda CBR150R 2019 dikuasakan enjin 149cc dengan transmisi 6-kelajuan, tampil dengan reka bentuk sporty di samping sarat dengan pelbagai ciri dan teknologi terkini. Berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam laman sesawang Honda Motorcycle Thailand, berikut ialah antara ciri-ciri dan teknologi yang melengkapi CBR150R 2019 :

  • New Dual Headlight with Full LED Lighting System
  • New Full LCD Digital Meter
  • New Tough Fuel Tank
  • New Adjustable Front Suspension
  • New Adjustable Rear Suspension
  • New engine 150 CC DOHC 4 Valve Liquid-Cooled
  • New Innovative Truss Frame
  • New ABS Brake* + Wave Disc
  • New Muffler with Kevlar Protector
  • Tandem Seat
  • New Super Sport Riding Position
  • New Emergency Stop Signal*

Dengan pelancaran Honda CBR150R 2019 terbaharu ini bersama-sama pelancaran Honda CBR250RR 2019 pada 27hb. Mac 2019, dan tawaran model Honda CBR300R, peminat motosikal di pasaran Thailand kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk memiliki motosikal supersport keluaran Honda di bawah kategori 300cc.