Aprilia RSV4 X diperkenalkan, edisi terhad 10 unit sahaja

Aprilia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model luar biasa lagi eksklusif iaitu Aprilia RSV4 X, dan dikeluarkan dalam jumlah sangat terhad hanya 10 unit sahaja. Model tersebut dibangunkan oleh Aprilia Racing, dengan kuasa yang dihasilkan mencapai 225hp berbanding 217hp pada versi standard RSV4. Lebih menakjubkan ialah berat jentera tersebut berjaya dikurangkan kepada 165 kilogram sahaja.

Menurut Aprilia, RSV4 X merupakan motosikal pertama di dunia yang dilengkapi sistem kotak gear ANN (Aprilia No Neutral), di samping sistem brek Brembo dengan kaliper GP4-MS, juga yang pertama di dunia. Berikut ialah penjelasan Aprilia mengenai kedua-dua sistem canggih tersebut, sumber dari siaran akhbar rasmi Aprilia :

  • The Aprilia V4 is equipped with the ANN (Aprilia No Neutral) system, the gearbox with neutral positioned below first gear that speeds up shifting from first to second and prevents any up-shifting errors. This solution derives directly from Aprilia experience in WSBK and MotoGP and is made available to the public on a production model for the very first time.
  • Another world first involves the Brembo braking system, the company choosing the Aprilia RSV4 X to debut its refined and extremely efficient machined from solid GP4-MS callipers. These act on a pair of steel brake discs with T-Drive technology and are controlled by a machined from solid 19×16 radial pump.

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah model eksklusif edisi terhad ini, harga yang ditawarkan adalah sebanyak 39,900 Euro, bersamaan RM183,358.10 mengikut kadar tukaran semasa. Tempahan boleh dilakukan secara atas talian mulai separuh kedua bulan April depan, melalui laman sesawang factoryworks.aprilia.com.