Galeri : Yamaha Y15ZR V2 2019 kini di pasaran Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru-baru ini telah melancarkan model Raja Jalanan terbaharunya Yamaha Y15ZR V2 2019, yang kini telah menerima perubahan ‘facelifted’ yang lebih menarik, segar dan sporty. Antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan melalui model moped tersebut adalah seperti berikut :

  1. Lampu depan LED baharu dengan ciri ‘High Low Beam’
  2. Panel meter LCD baharu
  3. Grafik dan warna rekaan baharu
  4. Tayar depan lebih lebar berukuran 90/80 untuk tunggangan lebih selesa

Yamaha Y15ZR V2 2019 didatangkan dalam empat pilihan warna yang menyerlah iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey, dan boleh didapati di bilik pameran pengedar sah Yamaha mulai pertengahan April 2019. Setiap pembeli baharu akan menerima kunci brek cakera bernilai RM100.00 secara percuma.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model moped Yamaha Y15ZR V2 2019 ini, anda boleh membaca artikel terdahulu melalui pautan berikut :

Yamaha Y15ZR V2 model tahun 2019 terbaharu dilancarkan, harga akan diumumkan pada April 2019

Galeri : 2019 Yamaha Y15ZR V2