Yamaha RZR model tahun 1987

Yamaha RZR merupakan sebuah model motosikal dua lejang dengan enjin 135cc yang boleh dikatakan cukup berkuasa di zamannya. Kelajuan maksimum motosikal tersebut dikatakan dalam lingkungan 150 km/j. Sama seperti Yamaha RX-Z dari segi teknikal, perbezaan ketara antara kedua-duanya ialah dari segi penampilan bahagian depan.

Yamaha RZR dilengkapi fairing penuh yang cukup sporty dan bergaya, seperti mana boleh dilihat dalam galeri di bawah yang menunjukkan gambar-gambar Yamaha RZR model tahun 1987. Gabungan warna putih dan merah, brek cakera depan, rim aloi yang menawan dan ekzos berwarna hitam melengkapkan penampilan keseluruhannya.