Ducati Monster 797 model tahun 2019 diperkenalkan

Pada penghujung tahun lepas, Ducati memperkenalkan Monster 797 terbaharu model tahun 2019. Model tersebut kini boleh didapati dalam pilihan warna merah (Ducati Red with red frame and black wheels) dan putih (Star White Silk with black frame and black wheels), dan kedua-duanya kekal sporty, kompak dan bergaya.

Ducati Monster 797 2019 dikuasakan enjin berkapasiti 803cc yang menghamburkan kuasa maksimum 75hp @ 8,250rpm dengan tork puncak 69Nm @ 5,750rpm. Enjin tersebut mematuhi piawaian emisi Euro 4. Ketinggian tempat duduk Monster 797 ialah 805 mm, manakala kapasiti maksimum tangki bahan apinya mencapai 16.5 liter.

Sistem brek ABS daripada Bosch merupakan antara ciri standard yang melengkapi Monster 797, termasuk ciri-ciri lain seperti fork depan upside down Kayaba 45 mm, brek cakera depan berkembar berukuran 320 mm, brek cakera belakang 245 mm, paparan instrumen LCD, lampu LED (side lights and tail light) dan kemudahan port USB.