Yamaha RX-King model tahun 1991 – 1993

Di pasaran negara jiran Indonesia, salah sebuah model motosikal dua lejang yang menjadi legenda dan mempunyai ramai peminat ialah Yamaha RX-King, di mana pengeluarannya bermula dalam beberapa generasi sehingga berakhir pada tahun 2009. Ini kerana pada ketika itu ianya tidak lagi memenuhi piawaian regulasi Euro 3.

Yamaha RX-King dilengkapi enjin dalam kelas 135cc, yang kemudiannya dipadankan sama ada transmisi 4-kelajuan atau 5-kelajuan. Penampilan RX-King boleh dikatakan retro moden, hadir dengan enjin yang berkuasa dan pecutan maksimum yang tinggi. Berikut ialah gambar-gambar menarik Yamaha RX-King keluaran tahun 1991 – 1993.