Kawasaki Ninja H2 SX 2019 di pasaran Eropah

Kawasaki Ninja H2 SX untuk pasaran tahun 2019 merupakan sebuah model sport tourer berprestasi tinggi, ditawarkan dalam beberapa versi termasuklah versi Ninja H2 SX Tourer, Ninja H2 SX Performance dan Ninja H2 SX Performance Tourer.

Untuk pasaran Eropah, keempat-empat versi Ninja H2 SX boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black (Hijau) dan Metallic Carbon Gray / Metallic Matte Carbon Gray (Hitam). Bagi model berwarna hijau, ianya juga dikenali sebagai model Ninja H2 SX SE.

Kawasaki Ninja H2 SX 2019 dikuasakan enjin bersesaran 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four with Supercharger, DOHC, 16 valves) yang dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai angka 200PS @ 11,000rpm dengan tork puncak 137.3Nm @ 9,500rpm.

Galeri : 2019 Kawasaki Ninja H2 SX & Kawasaki Ninja H2 SX Tourer

Galeri : 2019 Kawasaki Ninja H2 SX Performance