Yamaha RZR model tahun 1990 (RX-Z versi full fairing)

Yamaha RX-Z merupakan sebuah motosikal dua lejang 135cc dengan penampilan naked yang sangat popular dan diminati ramai. Bagaimanapun pada tahun 1990an, Yamaha pernah memperkenalkan Yamaha RX-Z versi yang dilengkapi fairing penuh, dikenali dengan nama Yamaha RZR. Antara pasaran RZR ialah negara Indonesia.

Menurut ceritanya, Yamaha RZR tidak berjaya mencapai populariti sama seperti yang dinikmati oleh Yamaha RX-Z, kerana ramai yang beranggapan penampilan RZR agak pelik apabila dipasangkan fairing penuh. Mungkin pada ketika itu peminat motosikal sudah terbiasa dengan penampilan Yamaha RX-Z dalam versi naked dan ringkas.

Bagaimanapun dikatakan selepas pengeluaran Yamaha RZR dihentikan, ramai pula yang berminat untuk memilikinya dan menyebabkan harganya melambung tinggi. Di pasaran Malaysia, Yamaha RZR tidak pernah ditawarkan, mungkin kerana hasil kajian pasaran mengatakan motosikal tersebut tidak akan mampu mengatasi jualan RX-Z.