Yamaha MT-10 ABS model tahun 2019 di pasaran Jepun terima warna baharu

Yamaha baru-baru ini telah mengumumkan model Yamaha MT-10 ABS model tahun 2019 di pasaran Jepun, akan menerima tiga pilihan warna baharu mulai 01hb. April 2019 tidak lama lagi. Ketiga-tiga warna baharu tersebut adalah seperti Matt Light Gray (bersama-sama rim roda berwarna Vermilion), Blue dan Matte Dark Gray.

Yamaha MT-10 ABS 2019 di pasaran Jepun itu ditawarkan pada harga sebanyak 1,674,000 Yen, bersamaan RM61,392.37 mengikut kadar tukaran semasa. Model yang diberi gelaran “The King of MT” itu dikuasakan enjin 997cc berprestasi tinggi, yang mana ianya merupakan model teratas sekali di antara pelbagai model di dalam siri MT.