Keeway RKR 125 ditawarkan di pasaran Eropah

 

Untuk pasaran Eropah, Keeway menawarkan model naked Keeway RKF 125, dan pada yang sama turut menawarkan model bergaya supersport Keeway RKR 125 untuk citarasa pelanggan yang berbeza. Kedua-duanya masih menggunakan enjin yang sama bersesaran 124.8cc (1-cylinder, 4-stroke, 4-valve, Electronic Fuel Injection).

Enjin yang melengkapi Keeway RKR 125 telah mematuhi piawaian Euro 4, dipadankan transmisi 5-kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 9.0kW @ 9,500rpm dengan tork 10Nm @ 7,500rpm. Sistem penyejuk enjin tersebut merupakan jenis cecair (water cooled). Keeway RKR 125 mempunyai berat 142 kg (unladen weight).

Spesifikasi lain yang melengkapi Keeway RKR 125 boleh dikatakan sudah cukup memuaskan. Antaranya termasuklah suspensi depan USD dan suspensi belakang tunggal, brek cakera depan dan belakang dengan CBS, tayar depan dan belakang berukuran 100/80-17 dan 130/70-17, serta tangki bahan api maksimum 15 liter.