Ducati Multistrada 950 S model tahun 2019

Salah sebuah model pengembaraan yang ditawarkan oleh Ducati ketika ini ialah Multistrada 950 S model tahun 2019, di samping versi standard Multistrada 950.

Ducati Multistrada 950 S 2019 dilengkapi enjin berkapasiti 937cc (Ducati Testastretta, L-Twin cylinder, Desmodromic timing, 4 valves per cylinder, Liquid cooled) dengan kuasa maksimum 113hp @ 9,000rpm dan tork 96Nm @ 7,750rpm. Sistem transmisinya ialah 6-kelajuan dengan sistem Ducati Quick Shift Up & Down (DQS).

Kelengkapan standard yang dibekalkan untuk Multistrada 950 S antaranya adalah seperti Riding Mode, ABS Cornering Bosch, DTC, DCL, VHC, DSS Evo, Cruise control, Hands-Free, Backlit handlebar switches, 5″ TFT colour display, Full LED headlight dan Self cancelling turn indicators.

Dua pilihan warna yang disediakan ialah Glossy Grey dan Ducati Red. Juga terdapat model Ducati Multistrada 950 S Performance 2019 yang lengkap dengan naik taraf aksesori. Saksikan galeri gambar-gambar menarik kedua-dua model di bawah.

Galeri : 2019 Ducati Multistrada 950 S

Galeri : 2019 Ducati Multistrada 950 S Performance