Yamaha Spark 135 model tahun 2007 di pasaran Thailand

Ini ialah Yamaha Spark 135 model tahun 2007 khusus untuk pasaran Thailand. Pilihan warna yang ditunjukkan di sini ialah biru, merah, putih dan hitam. Terdapat dua versi iaitu versi klac automatik dan versi klac tangan. Bagi model versi klac tangan, ianya didatangkan dengan pilihan rim roda berjejari dan juga rim aloi berwarna hitam.

Yamaha Spark 135 di pasaran Thailand dan Yamaha 135LC di pasaran Malaysia merupakan model moped keluaran Yamaha antara yang paling popular dan paling berjaya di zamannya. Kesinambungan kedua-dua model tersebut sehingga kini masih diteruskan melalui model terbaharu Yamaha Exciter 150 dan Yamaha Y15ZR.