Kawasaki Z1000 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Untuk pasaran Eropah bagi musim jualan tahun 2019, Kawasaki Z1000 hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna tunggal iaitu Metallic Flat Spark Black / Metallic Matte Graphite Gray. Selain versi standard, model supernaked berkenaan juga boleh didapati dalam versi Performance yang dilengkapi seleksi aksesori asli yang menarik.

Kawasaki Z1000 2019 termasuk Z1000 Performance 2019 dikuasakan enjin berprestasi tinggi dalam sesaran 1,043cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan padanan transmisi 6-kelajuan. Enjin tersebut mampu menghamburkan kuasa maksimum 142PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 111Nm @ 7,300rpm.

Z1000 mempunyai berat 221 kg (curb mass), tangki bahan api maksimum 17 liter dan ketinggian tempat duduk 815 mm. Sebagai sebuah motosikal bertaraf premium, Z1000 dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini Kawasaki yang bukan saja memberikan prestasi terbaik di dalam kelasnya, malah keselesaan untuk tunggangan harian.