Honda CBR250R model tahun 2011/2012

Pada penghujung tahun 2011 yang lalu, model terbaharu Honda CBR250R telah diperkenalkan dengan rasminya. Model tersebut dikeluarkan dari kilang Honda yang terletak di Thailand (Thai Honda Manufacturing Co., Ltd.), sebagai model global untuk pasaran ASEAN, Jepun, Eropah, Amerika Utara dan juga Australia.

Menurut Honda, R&D untuk CBR250R telah dilakukan di kedua-dua negara Jepun dan Thailand, bermula dengan fasa pembangunannya. Untuk memenuhi pelbagai citarasa pelanggan dari seluruh dunia, Honda telah mengungkapkan frasa “Sport Quarter for One World, CBR250R” sebagai konsep pembangunan dengan tujuan untuk mewujudkan model yang membolehkan semua penunggang merasai keseronokannya.

Honda CBR250R model tahun 2011/2012 dilengkapi enjin yang dibangunkan baharu sepenuhnya, berkapasiti 250cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valve, single-cylinder, DOHC) yang dikatakan mudah dikawal. Dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI yang moden dan canggih, enjin tersebut pada ketika itu telah mematuhi piawaian Euro 3.

Dalam aspek keselamatan, CBR250R dilengkapi sistem brek dengan teknologi Combined ABS, yang membolehkan pemberhentian motosikal lebih stabil dengan menggabungkan Combined Brake System (CBS, a front- and rear-wheel interlocking braking system) dan Anti-lock Brake System (ABS, a braking system that prevents wheel lock during sudden braking or under unfavorable conditions).

Selain Thailand, Honda Motorcycle and Scooter India (Pvt.) Ltd. juga akan mengeluarkan motosikal tersebut dan akan mengeskportnya dari India ke pasaran Amerika Selatan. Honda CBR250R model tahun 2011 dan ke atas pernah ditawarkan di pasaran Malaysia, namun generasi terbaharu CBR250RR tidak lagi ditawarkan.

Artikel berkaitan : Honda CBR250R 2017 dilancarkan di pasaran Malaysia