Energica EGO 2019 mempunyai kelajuan maksimum 240 km/j

Energica EGO model tahun 2019 merupakan salah sebuah motosikal elektrik keluaran Energica Motor Company, syarikat pengeluar motosikal supersport elektrik pertama Itali. Dengan kuasa maksimum 145hp dan tork 200Nm, Energica EGO mampu mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan kepada 240 km/j (Limited at 150 mph).

Enjin Energica EGO tidak mempunyai kotak gear atau klac, dan dilengkapi 4 mod tunggangan iaitu Eco, Standard, Wet dan Sport. Sistem breknya dibekalkan oleh Brembo dan sistem ABS adalah dari Bocsh. Pilihan warna ialah Lunar White / Titan Grey, Red Passion / Titan Grey dan Sport Black (Fairing Kit and Tech Seat).