Yamaha RX-Z model tahun 1985, dilengkapi brek depan jenis gelendong

Sekitar tahun 1980an dan juga 1990an, adalah perkara biasa apabila kebanyakan model motosikal yang berada di pasaran masih belum dilengkapi brek cakera di bahagian roda depan. Begitu juga dengan model Yamaha RX-Z keluaran tahun 1985 ini, yang hanya dilengkapi brek cakera depan biasa jenis gelendong (drum brake).

Sistem ekzosnya juga masih bergaya klasik, namun reka bentuk keseluruhan RX-Z 1985 ini sudah kelihatan sporty dan boleh dikatakan agak mendahului zamannya. Pilihan warna dengan jalur grafik yang dikenakan pada badan motosikal ini juga kelihatan cukup menarik, dan sudah mencapai tahap retro jika dikira masa sekarang.