Suzuki umum harga Katana 2019 dan pek aksesori Samurai

Model terbaharu Suzuki Katana 2019 yang dinanti-nantikan, kini telah menerima tanda harga rasmi untuk pasaran UK. Model tersebut ditawarkan pada harga yang disyorkan sebanyak £11,399 (bersamaan RM61,863.41 mengikut kadar tukaran semasa).

Di samping itu Suzuki turut menawarkan pek aksesori Samurai yang juga boleh didapati sewaktu ketibaan model naked legenda itu di bilik pameran pengedar tidak lama lagi, pada harga £999. Ianya membolehkan pelanggan menikmati penjimatan sebanyak £383 berbanding membelinya secara berasingan.

Untuk maklumat selanjutnya dan lebih banyak galeri gambar-gambar menarik Suzuki Katana 2019, anda boleh mengikuti artikel terdahulu di pautan berikut : Suzuki Katana 2019 merupakan jelmaan semula sebuah legenda dunia permotoran