Yamaha TZM 150 model tahun 1994

Antara model motosikal yang menjadi kegilaan suatu ketika dahulu ialah Yamaha TZM 150. Dilancarkan sekitar tahun 1994, Yamaha TZM 150 telah memberikan saingan sengit kepada model Honda NSR 150 dan Kawasaki KIPS 150. Kesudahannya kita semua tahu model mana yang lebih popular dan mencatatkan jualan laku keras.

Yamaha TZM 150 di pasaran tempatan suatu ketika dahulu sangat popular dan menjadi kegilaan ramai anak muda. Namun pada pertengahan tahun 1990an, tidak semua mampu memiliki motosikal seperti sekarang. Jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja boleh memiliki motosikal dua lejang yang diberi gelaran manja TZM itu.

Yamaha TZM 150 dilengkapi enjin berkapasiti 147cc dengan kuasa dan tork yang cukup memuaskan. Namun bukan hanya semata-mata kuasa daripada enjinnya, model tersebut sebenarnya hadir dengan rekaan yang cukup sporty dan seksi. Sebab itulah ianya menjadi pujaan ramai dan kekal menjadi legenda arena permotoran tempatan.