Warna baharu untuk Yamaha MT-09 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha telah mengemaskini pilihan warna untuk MT-09 ABS di pasaran Jepun, dengan kehadiran warna baharu Matt Light Gray Metallic 4, termasuk warna Vermillion yang terang di bahagian roda dan grafik. Kekal sporty dan agresif, MT-09 ABS dengan pilihan warna baharu itu akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai 01hb. April 2019.

Menurut Yamaha, pilihan warna sedia ada seperti Deep Purplish Blue Metallic C dan Matte Dark Gray Metallic 6 akan terus ditawarkan seperti biasa. Selain itu, turut ditawarkan ialah Yamaha MT-09 SP ABS yang dilengkapi komponen lebih berprestasi. Harga jualan masing-masing adalah sebanyak 1,004,400 Yen dan 1,112,400 Yen.