Benelli RFS150i Special Edition 2019 terbaharu tampil dengan warna biru dan hijau pucuk pisang

Benelli RFS150i merupakan salah sebuah motosikal moped yang berjaya menarik minat ramai pengguna di pasaran tempatan, walau pun mendapat saingan yang sangat sengit daripada beberapa model lain di dalam kategorinya.

Terkini bagi merancakkan lagi jualan model tersebut, Benelli telah memperkenalkan warna baharu yang boleh dikatakan sangat menarik dan berani. Untuk tahun 2019, Benelli RFS150i kini didatangkan dalam pilihan warna baharu yang menggabungkan warna biru dan hijau pucuk pisang, sangat menyerlah apabila dipandang.

Berdasarkan maklumat di dalam laman jual beli Mudah.my, harga yang ditawarkan untuk Benelli RFS150i Special Edition 2019 dengan penampilan warna baharu tersebut adalah sebanyak RM7,488.00. Masih berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

Selain itu, dua warna baharu yang lain untuk RFS150i 2019 turut diperkenalkan iaitu hitam dan merah, yang mana kedua-duanya juga tampil menarik dan sporty. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Benelli RFS150i 2019 dalam galeri di bawah.

Sumber gambar dari : Chai Ken Motorcycles Putra Perdana FB & Benelli RFS150i Community Malaysia FB