Yamaha RX-Z model tahun 2007 di pasaran Malaysia

Menurut laman sesawang Wikipedia, Yamaha RX-Z telah mengalami perubahan reka bentuk mulai tahun 2004, di mana rekaan lampu belakangnya diambil daripada lampu belakang model Yamaha 125ZR. Perubahan lain ialah sistem ekzosnya yang telah dilengkapi catalytic converter dan cowling fairing rekaan baharu yang sporty.

Menurut Yamaha, gambar di atas menunjukkan model Yamaha RX-Z model tahun 2007 untuk pasaran Malaysia, dalam warna biru yang cukup menarik. Tidak dapat dipastikan berapakah harga yang ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) untuk model tersebut pada ketika itu, yang pastinya masih dalam harga mampu milik.