Kawasaki Z650 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Untuk peminat motosikal dalam segmen naked, Kawasaki Z650 mungkin merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Model tersebut mempunyai reka bentuk yang sporty dan agresif, di samping spesifikasi yang tidak kurang hebatnya.

Bagi model tahun 2019 di pasaran Eropah, Kawasaki Z650 didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti Candy Flat Blazed Green / Metallic Matte Graphite Gray / Metallic Flat Spark Black, Metallic Flat Spark Black / Metallic Spark Black dan Pearl Flat Stardust White / Metallic Flat Spark Black.

Enjin yang melengkapinya bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 68PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 65.7Nm @ 6,500rpm.

Ciri-ciri teknikal lain yang melengkapi Kawasaki Z650 2019 termasuklah sistem brek ABS, suspensi belakang jenis Horizontal Back-link, Assist & Slipper Clutch, teknologi Dual Throttle Valves dan Economical Riding Indicator di paparan panel instrumen.