Yamaha RX-Z Deluxe model tahun 1993

Menurut Yamaha, model ini dikenali dengan nama Yamaha RX-Z Deluxe, atau singkatannya ialah RX-ZD. Tidak dapat dipastikan kenapa model ini diberi gelaran Deluxe yang membawa maksud kemewahan, atau mungkin juga kerana ianya hadir dengan ciri-ciri dan teknologi yang lebih baik berbanding RX-Z versi standard.

Selain itu, juga tidak dapat dipastikan sama ada Yamaha RX-Z Deluxe model tahun 1993 ini pernah dipasarkan di pasaran Malaysia, atau untuk pasaran luar negara. Otai-otai RX-Z tentu lebih tahu asal-usul motosikal bertaraf legenda ini. Hanya dua keping gambar yang diperolehi daripada perpustakaan Yamaha, untuk anda saksikannya.