Warna baharu untuk Yamaha XSR900 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha XSR900 ABS yang tampil bergaya retro moden dengan teknologi masa kini, baru-baru ini telah diperkenalkan dalam pilihan warna baharu untuk pasaran Jepun. Bakal berada di pasaran Jepun mulai 28 Mac 2019 akan datang, warna baharu yang diperkenalkan itu ialah biru, bersama-sama warna sedia ada hitam dan kelabu matte.

Yamaha XSR900 ABS model tahun 2019 dikuasakan enjin tiga silinder DOHC berkapasiti 845cc yang menghasilkan prestasi bertenaga, bersama-sama gabungan imej Yamaha Sport Heritage. Harga jualannya yang ditetapkan berjumlah 1,042,200 Yen, bersamaan RM38,392.64 berdasarkan kadar tukaran mata wang semasa.