Indian Motorcycle perkenal model terbaharu Roadmaster Elite Limited Edition 2019

Indian Motorcycle, syarikat pengeluar motosikal pertama Amerika Syarikat yang bermula sejak tahun 1901, pada 26hb. Februari 2019 yang lalu telah mengumumkan ketibaan model touring ultra-premium terbaharu Indian Roadmaster Elite 2019. Model Limited Edition tersebut hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 200 unit sahaja.

Indian Roadmaster Elite Limited Edition 2019 dilengkapi enjin Thunder StrokeĀ® 111 yang sangat berkuasa dengan janaan tork 151Nm @ 3,000rpm, di samping menampilkan teknologi dan ciri-ciri terkini antaranya seperti Selectable Ride Modes, Rear Cylinder Deactivation, sistem Ride Command, lampu LED sepenuhnya, ABS, heated handgrips, keyless ignition, a push button power windshield, weatherproof, remote-locking saddlebags, dan ruang simpanan yang luas sehingga lebih 140 liter.

Harga jualan yang ditawarkan untuk Indian Roadmaster Elite Limited Edition 2019 di pasaran USA bermula dari $36,999, bersamaan RM151,159.41 mengikut kadar tukaran semasa. Satu-satunya pilihan warna dan kemasan yang boleh didapati untuk model berkenaan ialah Wildfire Red Candy over Thunder Black Crystal with 24k Gold Trim.