Yamaha XSR700 2019 kini di pasaran USA

Model bergaya klasik moden Yamaha XSR700 model tahun 2019, secara rasminya telah berada di pasaran USA sejak bulan Februari 2019 yang lalu. Hanya boleh didapati dalam pilihan warna tunggal Aluminum/Red, harga yang ditawarkan adalah sebanyak $8,499 sahaja (bersamaan RM34,740.51 mengikut kadar tukaran semasa).

Yamaha XSR700 2019 dikuasakan enjin berkapasiti 689cc (2-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) yang dipadankan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 74.8PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 68.0Nm @ 6,500rpm. Beratnya (wet weight) mencapai angka 186 kg dengan kapasiti maksimum tangki petrol 14 liter.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha XSR700 2019 turut tersedia dalam pilihan warna Aluminium/Red, namun diberikan nama lain iaitu Matt Grey, bersama-sama satu lagi pilihan warna iaitu Tech Black. Harga yang ditawarkan untuk pasaran Eropah adalah sebanyak £7,099.00, bersamaan RM37,772.36 mengikut kadar tukaran semasa.