Warna baharu untuk Yamaha XSR700 ABS 2019 di pasaran Jepun

Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan warna baharu untuk model Yamaha XSR700 ABS model tahun 2019, yang bakal berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai 28 Mac 2019. Harga jualan yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak 899,640 Yen, bersamaan RM33,080.14 mengikut kadar tukaran semasa.

Warna baharu yang diperkenalkan itu diberi nama Matt Dark Perpresh Blue Metallic 1 (Matt Blue), manakala dua warna sedia ada yang masih boleh didapati ialah Matt Gray Metallic 3 (Matt Gray) dan Dull Red Metallic D (Red). Di bawah berikut ialah galeri gambar-gambar menarik Yamaha XSR700 ABS 2019 di pasaran Jepun, saksikan.