MV Agusta perkenal Brutale 800 dan F3 675 untuk lesen kategori A2 dengan kuasa maksimum 35kW

Dalam bulan Januari 2019 yang lalu, MV Agusta telah memperkenalkan dua model dalam kategori lesen A2, Brutale 800 dan F3 675, yang masing-masing kini menawarkan kuasa maksimum 35kW (47bhp). Ini membolehkan penunggang muda yang kurang berpengalaman peluang untuk merasai pengalaman menunggangnya.

MV Agusta Brutale 800 dan MV Agusta F3 675, kedua-duanya merupakan model dalam segmen naked dan supersport, memiliki enjin dalam kapasiti 798cc dan 675cc. Pilihan warna yang ditawarkan untuk model 35kW itu ialah Intense Sky Blue/Night Grey, Fire Red/Night Grey dan Ice Grey/Aviation Grey untuk Brutale 800, manakala F3 675 tersedia pilihan warna Agostini Red/Agostini Silver dan Intense Sky Blue/Night Grey.

MV Agusta Brutale 800 dalam versi biasa menghasilkan kuasa maksimum 109hp dan mampu mencapai kelajuan maksimum 237 km/j. Motosikal naked tersebut mempunyai berat kering 175 kg. Bagi model F3 675, kuasa maksimumnya mencapai 128hp dengan kelajuan maksimum 251 km/j, di samping mempunyai berat kering hanya 173 kg.

Galeri : 2019 MV Agusta Brutale 800 35kW

Galeri : 2019 MV Agusta F3 675 35kW