Kawasaki Versys 650 model tahun 2019 di pasaran Eropah

Di pasaran Eropah, Kawasaki Versys 650 model tahun 2019 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black, Metallic Spark Black / Metallic Matte Fusion Silver dan Metallic Moondust Grey / Metallic Flat Spark Black. Selain versi biasa, Versys 650 turut ditawarkan dalam versi Tourer, Tourer Plus dan Grand Tourer.

Kawasaki Versys 650 dikuasakan enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan gandingan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 69PS @ 8,500rpm dan tork puncak 64Nm @ 7,000rpm. Sebagai sebuah model kembara, Versys 650 memiliki tangki bahan api dengan isian maksimum 21 liter untuk jarak perjalanan yang lebih jauh.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah jarak kelegaan bumi 170 mm, ketinggian tempat duduk 840 mm, berat motosikal 217 kg (curb mass), ukuran tayar depan 120/70ZR17M/C (58W) dan belakang 160/60ZR17M/C (69W), sistem brek ABS, fork depan inverted, handlebar yang lebar, windscreen boleh laras dan gear indicator.