Kawasaki Ninja 650 model tahun 2019 untuk pasaran Eropah

Untuk pasaran Eropah bagi musim jualan tahun 2019, Kawasaki Ninja 650 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu KRT Edition (Lime Green / Ebony), Candy Steel Furnace Orange / Metallic Spark Black dan Metallic Flat Spark Black / Metallic Spark Black. Lebih menarik lagi, model tersebut turut ditawarkan dalam versi Performance dan Tourer.

Kawasaki Ninja 650 2019 dilengkapi enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi 6-kelajuan, yang kemudiannya menghasilkan prestasi maksimum 68PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 65.7Nm @ 6,500rpm. Motosikal sporty ini mempunyai berat 193 kg (curb mass), tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 15 liter dan ketinggian tempat duduk hanya 790 mm.

Ciri-ciri utama lain yang melengkapi Ninja 650 2019 termasuklah sistem brek ABS, Horizontal Back-link Rear Suspension, Assist & Slipper Clutch, Dual Throttle Valves, Economical Riding Indicator, cermin penghadang angin yang sporty dan paparan instrumen dengan rekaan sofistikated dan memaparkan pelbagai fungsi penting.