Honda CB400 SUPER FOUR dan CB400 SUPER BOL D’OR 2019 di pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun, Honda CB400 SUPER FOUR dan Honda CB400 SUPER BOL D’OR model tahun 2019 boleh didapati dalam dua pilihan warna yang cukup menarik dan elegan, Atmosphere Blue Metallic dan Darkness Black Metallic. Kedua-dua model telah berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 26 November 2018 yang lalu.

Menurut Honda, sistem brek ABS kini merupakan ciri standard untuk CB400 SUPER FOUR dan CB400 SUPER BOL D’OR, dengan tambahan sports grip heater untuk CB400 SUPER BOL D’OR. Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin 399cc 4-silinder dengan kuasa maksimum 56PS @ 11,000rpm dan tork puncak 39Nm @ 9,500rpm.