Honda NC750S dan NC750X 2019 terima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna untuk pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun mulai bulan November 2018 yang lalu, Honda NC750S dan Honda NC750X model tahun 2019, telah menerima penambahbaikan spesifikasi dan perubahan warna baharu. Selain daripada model standard yang dilengkapi transmisi 6-kelajuan, kedua-dua model turut tersedia dalam versi dengan transmisi DCT.

Honda NC750S 2019 dan Honda NC750X 2019 kini dilengkapi grip heater sebagai ciri standard, dengan tambahan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk NC750X juga sebagai ciri standard terbaharu. Dari segi pilihan warna, NC750S boleh didapati dalam pilihan dua warna, manakala NC750X dalam pilihan tiga warna.

Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 745cc dua silinder sebaris, dengan kuasa yang dihasilkan mencapai 54PS @ 6,250rpm dan tork puncak 68Nm @ 4,750rpm. Tangki minyak kedua-duanya mempunyai kapasiti maksimum 14 liter, dengan sistem brek cakera depan dan belakang termasuk sistem brek ABS.

Galeri : 2019 Honda NC750S & Honda NC750S Dual Clutch Transmission

Galeri : 2019 Honda NC705X & Honda NC750X Dual Clutch Transmission