Warna baharu untuk Yamaha TRICITY 125 model tahun 2019 di pasaran Jepun

Yamaha TRICITY 125 dan TRICITY 125 ABS model tahun 2019 untuk pasaran Jepun, kini boleh didapati dalam pilihan warna baharu “Matt Pale Blue Metallic 2” mulai 20 Mac 2019, termasuk turut ditawarkan dalam pilihan tiga warna yang lain. TRICITY 125 merupakan model Leaning Multi-Wheel (LMW) yang mempunyai dua roda depan.

Ianya dilengkapi enjin BLUE CORE bersesaran 124cc yang menawarkan kecekapan penggunaan bahan api dan pada masa yang sama memberikan prestasi yang lebih mesra alam. Pengeluaran model tersebut dilakukan oleh kilang Yamaha di Thailand, dan dijual sebanyak 415,800 Yen (TRICITY 125) dan 453,600 Yen (TRICITY 125 ABS).

Galeri : 2019 Yamaha TRICITY 125 (Japan)

Galeri : 2019 Yamaha TRICITY 125 ABS (Japan)