Suzuki GSX-R150 Matt Edition 2019 diperkenalkan untuk pasaran Indonesia

PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) baru-baru ini telah memperkenalkan Suzuki GSX-R150 Matt Edition 2019 terbaharu untuk pasaran Indonesia, yang didatangkan dengan pilihan warna menarik Matt Summer Red.

Selain penambahan warna baharu, model tersebut turut memperolehi beberapa tambahan komponen istimewa, antaranya single seat cover sama warna sebagai aksesori tambahan, emblem krom GSX-R bermaterial istimewa yang halus, serta wheel rim decals.

Suzuki GSX-R150 Matt Edition 2019 merupakan motosikal sport kompak dan ringan, dibekalkan enjin 150cc Double Over Head Camshaft (DOHC) dengan teknologi fuel injection dan transmisi 6-kelajuan, seterusnya memberikan tenaga spontan dan prestasi tinggi untuk kepuasan tunggangan.

Ciri-ciri canggih seperti panel meter digital berinformatif, LED Headlight yang terang dan Keyless Ignition System melengkapkan perwatakan motosikal yang sporty dan berpenampilan kelas tinggi ini. Penggunaan teknologi Suzuki Easy Start System turut memberikan kemudahan untuk penunggang menghidupkan enjinnya.

Untuk pasaran Indonesia, harga yang ditawarkan untuk GSX-R150 Matt Edition masih dalam lingkungan yang terjangkau di dalam kelasnya, dijual pada harga sebanyak Rp 30.900.000, bersamaan RM8,827.78 mengikut kadar tukaran semasa.