Benelli Leoncino Trail model tahun 2019 diperkenalkan

Benelli Leoncino Trail model tahun 2019 ini merupakan versi “all terrain” untuk model jalanan Benelli Leoncino 2019. Ianya berkongsi enjin 500cc empat lejang, silinder berkembar dengan sistem penyejuk cecair, transmisi 6-kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 47.6hp @ 8,500rpm dan tork puncak 46Nm @ 6,000rpm.

Leoncino Trail dilengkapi tayar tahan lasak yang mampu meredah pelbagai permukaan jalan dan laluan, dipasangkan pada rim aloi aluminium berukuran 19 inci di bahagian depan dan 17 inci di bahagian belakang. Ukuran tayar masing-masing 110/80-R19 dan 150/70-R17. Ianya bukan sahaja memberikan jaminan kestabilan, malah keseronokan.

Sistem suspensi merupakan jenis boleh laras, di mana bahagian depannya merupakan fork upside-down 50 mm dan di bahagian belakang ialah swinging arm dengan lateral shock dan travel 55 mm. Untuk pemberhentian, cakera berkembar 320 mm dengan kaliper terapung dua piston di bahagian depan dan cakera 260 mm di belakang dengan kaliper satu piston, bersama-sama sistem ABS telah memainkan peranan sempurna.

Leoncino Trail dan Leoncino turut berkongsi casis yang sama, termasuklah teknologi LED untuk lampu utama dan paparan instrumen digital sepenuhnya. Tidak dilupakan ialah grafik Singa di mudguard depan, sama seperti motosikal lain di dalam julatnya. Leoncino Trail boleh didapati dalam pilihan warna perak, merah, hitam dan gangsa.