Yamaha YZF-R25 dan YZF-R25 ABS 2019 akan berada di pasaran Jepun mulai 28 Mac 2019

Yamaha YZF-R25 model tahun 2019 hadir dengan beberapa perubahan kosmetik dan teknikal yang boleh dikatakan masih dalam kategori ‘minor change’, namun tetap menawarkan beberapa kelebihan berbanding model sebelumnya.

Untuk pasaran Jepun, Yamaha YZF-R25 2019 bakal berada di pasaran secara rasmi mulai 28 Mac 2019, dalam varian Non-ABS dan ABS. Pilihan warna yang ditawarkan ialah biru, merah dan hitam. Kekal sporty, rekaan YZF-R25 terbaharu ini dikatakan menggunakan simbol daripada jentera perlumbaan MotoGP “YZR-M1”.

Kapasiti enjin YZF-R25 2019 tidak berubah, masih 249cc dengan dua silinder sebaris, bersama-sama transmisi 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa maksimum 35PS @ 12,000rpm dengan tork puncak 23Nm @ 10,000rpm. Menurut Yamaha, prestasi enjin telah dikemaskini termasuklah ciri aerodinamik motosikal tersebut.

Penggunaan fork depan jenis upside-down berwarna emas, lampu depan LED, paparan meter digital sepenuhnya, rekaan tangki minyak baharu, kesemuanya menyerlahkan lagi gaya sporty dan ciri praktikalnya untuk tunggangan yang lebih menyeronokkan.

Harga yang ditetapkan untuk Yamaha YZF-R25 2019 di pasaran Jepun adalah sebanyak 599,400 Yen (bersamaan RM21,847.57), manakala Yamaha YZF-R25 ABS 2019 berharga sebanyak 642,600 Yen (bersamaan RM23,422.17).

Galeri : 2019 Yamaha YZF-R25 Japan

Galeri : 2019 Yamaha YZF-R25 ABS Japan